hello readers .. ape itu cinta ?
heyy terlalu byk ertii cinta pada manusia sekarang ..
so sy saje nak share sket ape itu cinta ..
to me ape yg dikatakan kat bakal anda baca nie mostly truly :)
so let reads it :)
"Adakah tapak tanganmu berkeringat,
hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya
kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya
kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya
kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya
kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya
bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan
dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ...
menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya
kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain
tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA
Adakah kamu menangis
kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur
ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu
dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk
Yang demikian itulah namanya CINTA.
ok enough for dis entry ..
by by ..
adiousss ~ !
No comments:
Post a Comment
leave some comment here , thank you darla ♥